Kata-Kata Mutiara

Posted in By agoez mbondinxz 0 komentar

Hay gaan,.....awal bulan nie aq posting~kan lagi sedikit kata² mutiara Bijak-Kata² mutiara indah-kata²  bijak persahabatan-kumpulan kata mutiara kehidupan....semoga bermanfaat & dapat menjadi Motivasi bagi qt smw.

  • Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya jangan engkau tinggalkan dia kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus. Manusia tidak sunyi daripada kesilapan.

  • Bersendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada duduk bersendirian.

  • Dosa yang paling keji terhadap rakan-rakan bukanlah kerana membenci mereka tetapi kerana kita bermuka-muka dengan mereka.

  • Tidak ada orang yang berjaya dalan keadaan dirinya tak pernah sedia untuk berjaya kalau dia "berjaya" itu bukan kejayaan tapi kebetulan.

  • Memendam rasa, baik yang elok mahupun yang tidak semuanya pasti meletup. Yang diperam pasti masak,yang direbus pasti mendidih, yang ditanak pasti menjadi bubur.

  • Teman yang baik adalah orang dapat berkata benar kepada kita dan bukan orang yang selalu membenar-benarkan perkataan kita.

  • Pujian adalah makanan minda dan ia meransang otak. Otak yang teransang hasil daripada pujian yang tulus menjadikannya lebih kreatif.

  • Memendam perasaan ibarat memasang bom jangka yang diletakkan sendiri didalam rumah.

  • Orang yang ingin hidup bahagia, perlu menjaga empat perkara:
    Pertama : teguh menjaga kehormatan. Kedua : redha menerima apa yang sedikit. Ketiga : berbuat kebaikan setiap hari. Keempat : memelihara lidah dari perkataan keji.

  • Kita akan meras bahagia apabila orang berasa senang dengan kita dan mencintai diri kita seperti mencintai dirinya sendiri.

  • Marah menyebabkan separuh keintelektualan hilang berganti dengan tindakan-tindakan meluru,bodoh dan tidak munasabah.

  • Esok belum tentu matahari masih mencerah merah, entah-entah sudah padam di kelopak mata kita.

  • Hidup adalah akar yang menjalar, menjelajah kesegenap destinasi, walau payah walau sukar walau yang datang hanyalah setitis air jernih yang bakal menyinari hidup sesingkat cuma.

  • Dunia ibarat laut, semakin banyak diminum, semakin haus.

  • Mengemukakan dalil kepada orang bodoh adalah mudah tetapi menyakinkannya amat sukar.

  • Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.

  • Hargailah dan pertinggikanlah peribadimu. Orang-orang yang bercita-cita harus mampu menaksir harga peribadinya secermat-cermatnya. Anda harus tahu akan harga diri dan harus selalu cuba untuk memepertinggikan peribadimu itu.

  • Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.

  • Hanya orang yang bodoh sahaja akan terhantuk kepada batu yang sama buat kali ketiga, apabila hantukan yang pertama itu tidak diambil peduli.

  • Kesilapan itu adalah peluang untuk membuat kejayaan yang lebih cemerlang.

  • Ilmu itu adalah perhiasan yang paling menawan dan tiada tandingannya bagi orang yang benar-benar ikhlas mencarinya.

  • Angan-angan yang panjang itu adalah salah satu daripada kerosakan dalam mencapai kejayaan Ilmu.

  • Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri.Jangan biarkan dirimu menjadi sebarangan bunga yang tetap juga indah tetapi,sayang tidak berduri. Apabila tiada duri, tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga daripada sewenang-wenangnya didekati sang kumbang. Lantas, tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya. Duri mawar itulah ditasybihkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya'. Dengan pagaran duri itu, kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum aromanya menyelinap di segenap naluri yang mengundang kekaguman di hati sang kumbang hinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

  • Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

  • Lalai sesaat adakalanya mencucurkan air mata setahun.