Kata-Kata Mutiara

Posted in By agoez mbondinxz 0 komentar

Update Kata Mutiara Hari nie (06 November 2011)

  • Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawaban-jawabannya.

  •  Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.

  • Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang.

  • Orang cerdik yang mengenal dunia, terungkap baginya musuh yang berbaju kawan.

  • Pengumpul harta belum tentu memanfaatkannya, dan yang memanfaatkan harta belum tentu yang mengumpulkannya.


  • Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat.

  • Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa.

  • Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela.

  • Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.

  • Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.


  • Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.

  •  Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.


  • Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.

  • Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi.

  • Beritahukan kepadaku apa bacaan-bacaanmu, nescaya aku akan beritahu siapa diri kamu ini.

  • Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.


  • Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

  • Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian.

  • Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.

  • Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin, maka tertipulah dia, dan barangsiapa hari ini lebih jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia.


  • Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga.

  • Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan.

  • Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

  • Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai.

  • Orang yang mengikuti emosinya, akan kehilangan adabnya.

  • Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


  • Mungkin diam itu suatu jawapan yang baik atau mungkin pula teguran dan nasihat yang baik.

  • Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.

  • Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana.

  • Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.

  • Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya.

  • Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya.

  • Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahasianya.

  • Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

  • Menikmati kehidupan itu adalah lebih baik dari hanya sekadar memerhati kehidupan.

  • Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali.

  • Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan.

  •  Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya.


  • Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.

  •  Jangan menyalakan api untuk membakar musuh anda sedemikian panas, sehingga anda sendiri hangus kerananya.


  • Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju surga.


  • Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya.

  • Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.

  • Pandanglah segala sesuatu dari kacamata oranglain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.

  • Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar.

  • Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya.

  • Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya

  • Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

  • Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar.

  • Musibah dalam harta lebih ringan daripada musibah dalam kehormatan.

  • Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya.

  • Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya.

  • Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.


  • Menghairankan sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun.

  • Apabila bicara itu perak, diam adalah emas.

  • Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar.

  • Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita.

  • Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa

  • Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan membawa berita tentang dirimu kepada orang lain.

  • Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan kamu diabaikan orang.

  • Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

  • Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali.